'Kita tidak kalah,kita seri tetapi kita tidak layak ke peringkat seterusnya'
Itu jawapan jurulatih malaysia tadi selepas kita terpaksa akur kekalahan secara agregat 4-6 kepada singa² jinak dan manja dari seberang.
Selain Malaysia bermain di bawah tahap sebenar, faktor lakonan yang mantap dari sang singa juga mungkin telah mengganggu tempo perlawanan tadi. Teringat situasi sama di Piala Dunia 1998 kalau tak silap. Sikit² jatuh, mengerang, tergolek² macam kena tembak.
Calon pelakon sekuel Nora Elena 2.
Apa²pun mutu permainan bola sepak Malaysia sudah meningkat kan? Hari ini bukan saja murid² duk bercerita tentang perlawanan Malaysia-Singapura, bahkan cikgu²nya sekali. Cikgu perempuan pulak tu. Maknanya sokongan sudah semakin bertambah kepada pasukan negara sejak kebelakangan ni. Harap² pasukan negara terus mendapat sokongan padu seperti ini setiap kali ada perlawanan. Bukannya disanjung hanya ketiga hebat, dikeji ketika terkulai.
Dan saya sudah melatih Darwisy. Darwisy boleh bermain di posisi penjaga gol.
Juga boleh beraksi di barisan hadapan atau pertahanan.
Nota Ringkas : Kalaulah Apek yang menjaga gawang semasa di Singapura tempoh hari.
0 00 komen:
Post a Comment