Hari tu pergi ke satu majlis BBQ di rumah kawan. Kebetulan pulak malam Jumaat. Teringat cerita Do Re Mi tuu..
“Malam ni malam apa ha?”
“Nanti dulu, Monday, Tuesday, patulu patunday, malam Jumaat.....”
“Hantuuu...”
Masa BBQ tu, nak juga cuba mengambil gambar di sebelah malam. Nak cari setting apa yang sesuai untuk kamera besar tu.
Snap sana..Blur..Snap sini..Blur jugak..
Dipendekkan cerita, balik² tu cuba lah tengok gambar² yang diambil tu.Terperanjat bila tengok gambar kat bawah ni. Bila diamati betul² nampak satu objek (yang dibulatkan) yang agak menyeramkan. Sesuatu objek putih kelihatan macam sedang berterbangan.Terus seram sejuk rasanya. Kalau nak lagi jelas sila klik gambar untuk besarkan.
AMARAN!!! TOLONG JANGAN KLIK SEKIRANYA ANDA KESEORANGAN, LEMAH SEMANGAT ATAU ADA SAKIT JANTUNG!
Gambar dari sini
Bagus sangat lah cikgu . Nak heart attack dah ni . Nasib baik takdea suara , kalau ada , memang dekat sini juga lah saya pengsan --'
ReplyDeleteaik..muda² dah nak kena heart attack??hehe
ReplyDelete