Wednesday, September 21, 2011

Bilalah Ramli dalam iklan TM Manchester United ni nak muncul betul²?

0 00 komen
Seperti yang sudah sedia maklum, skuad Harimau Malaya tewas 0-2 kepada Jepun tadi. Pada separuh masa pertama langsung tidak melawan team Malaysia, nasib baiklah separuh masa kedua Malaysia menunjukkan kebangkitan, dapatlah jugak masuk ke kawasan penalti Jepun tu.

Bilah si Ramli dalam iklan TM Manchester United ni nak muncul betul² ye? Hehe

Thursday, August 25, 2011

Tips² berguna sebelum balik kampung

0 00 komen

Baru² ni selesai sahaja bermain futsal , ada pesanan dari anggota bomba, bernama abang Jat @ gelaran manjanya OTAI ;p. Tips² tersebut sangat jarang kita dengar, jadi nak kongsikannya kat sini.


1. Gas memasak
Biasanya kita hanya mencabut kepala gas tersebut dan merasakannya dah cukup, tapi sebenarnya tidak. Menurut abang Jat, tong² gas yang kita gunakan kat rumah sekarang sudah berusia dan sudah terlalu banyak kali digunakan. Jadi ada injap(kalau tak silap) yang sudah agak longgar. Ia tetap akan mengeluarkan gas setelah kita cabut kepala gas.

Jadi untuk keselamatan, selepas cabut tong gas, sila letakkan di tempat terbuka, iaitu ada pengudaraan. Takut² nanti kalau kita biarkan di dalam, gas² yang keluar sedikit demi sedikit akan membahayakan keselamatan (kalau ada sedikit haba sekalipun memang bahaya)

2. Mengantuk semasa memandu

Kalau memandu semasa siang/panas, mata kita akan cepat mengantuk, jadi ada tips dari saudara Zikri iaitu kita berhenti dahulu dan pijaklah jalan tar yang panas tanpa memakai kasut atau selipar.( jangan buat tengah² jalan pulak).

Setakat ni dah ada yang cuba dan memang berkesan. Belum jumpa lagi fakta saintifik tentang cara ni.hehe. Tengah cuba dicari.

Cadanganku ; Sediakan tuala kecil yang direndam dalam air dan letakkan disebelah pemandu. Setiap kali mengantuk, ambil tuala yang basah itu dan sapulah kat muka. Mesti segar sedikit.hehe

3. Bila kembali

Bila kita sudah kembali ke rumah selepas raya nanti, pastikan buka semua tingkap terlebih dahulu untuk pengudaraan. Risau kalau tong gas yang disimpan mengeluarkan gas dan terperangkap di dalam rumah. Jangan sampai dirumah terus nyalakan api rokok!.


Itu adalah antara tips yang tak pernah dengar lagi. Banyak lagi tips yang sudah biasa kita dengar seperti cabut semua plug@ matikan suis utama, motor simpan kat dalam rumah dan lain². Kalau ada tambahan sila tambah di ruang komen. Terima kasih.

Nota Ringkas : Better safe than sorry.

Monday, August 22, 2011

23 Ogos, permulaan di sekolah baru

0 00 komen

SMKDABB,1 Jan 2011-22 Ogos 2011

Selamat tinggal daerah Sepang, selamat datang Petaling Perdana. Hanya sempat menabur bakti di daerah Sepang selama lebih kurang 8 bulan sahaja, tiba² mendapat arahan pertukaran disebabkan redeployment (penempatan semula)


Hmm. Dah hujung² tahun pun nak buat penempatan semula. Pelik. Kenapa bukan pertengahan tahun atau selepas tamat sesi 2011 ni? Ermm..Mereka² yang di atas mungkin lagi arif sebab mereka golongan bijak pandai. Saya mengajar Matematik Tibgkatan 5, tak ke kesian kat pelajar² tu tiba² 'hilang' cikgu Matematiknya? Memanglah bukan saya seorang cikgu Matematik di situ, tetapi dah dekat setahun kelas itu di bawah bimbingan saya, saya tahu apa yang mereka boleh buat, apa yang mereka kurang mampu buat.

Tiba² perancangan saya untuk membantu anak² ini terbantut dek arahan tu. Apa²pun Tuhan yang Maha Mengetahui kan? Itu dah tertulis dalam perjalanan hidup saya. ( wah..ayat macam cikgu BM lah pulak)

Good luck kepada 5 Arif (Matematik) dalam SPM 2011 nanti! Begitu juga 4 Arif (Add Maths), 1Bestari(Matematik) dan juga 1Kreatif(Matematik) yang memang cukup kreatif tu. Tak lupa kepada kepada semua pelajar SMKDABB dan juga tenaga² pengajarnya!

Dalam kelas terakhir bersama 5 Arif tadi, beberapa kamera dah menunggu..hehe. Nak ambil gambar bersama guru kelas kesayangan la tu..opss!

Sang Adam 5 Arif

Sang Hawa 5 Arif (cikgu tengok kamera yang mana satu tu????)


SAYONARA.............Ada rezeki bertemu kembali. ;)

Thursday, August 18, 2011

Jangan Baca Entri Ini di Malam Jumaat!

2 00 komen
Hari tu pergi ke satu majlis BBQ di rumah kawan. Kebetulan pulak malam Jumaat. Teringat cerita Do Re Mi tuu..

“Malam ni malam apa ha?”

“Nanti dulu, Monday, Tuesday, patulu patunday, malam Jumaat.....”

“Hantuuu...”

Masa BBQ tu, nak juga cuba mengambil gambar di sebelah malam. Nak cari setting apa yang sesuai untuk kamera besar tu.

Snap sana..Blur..Snap sini..Blur jugak..

Dipendekkan cerita, balik² tu cuba lah tengok gambar² yang diambil tu.Terperanjat bila tengok gambar kat bawah ni. Bila diamati betul² nampak satu objek (yang dibulatkan) yang agak menyeramkan. Sesuatu objek putih kelihatan macam sedang berterbangan.Terus seram sejuk rasanya. Kalau nak lagi jelas sila klik gambar untuk besarkan.

AMARAN!!! TOLONG JANGAN KLIK SEKIRANYA ANDA KESEORANGAN, LEMAH SEMANGAT ATAU ADA SAKIT JANTUNG!












Gambar dari sini