Wednesday, August 10, 2011

Tutorial melubangkan kertas jawapan OMR secara pantas dan mesra alam

0 00 komen
Haa..tutorial ni khas untuk cikgu2 yang alah pada kandungan DDT asap ubat nyamuk macam saya dan juga yg susah2 melubangkan borang OMR menggunakan pisau. Kalau yang tak alah tu guna ubat nyamuk lebih cepat..Kaedah ni mesra rakyat..eh mesra alam sikit. ' Save the cheerleader, save the world'..haha..Siapa tengok cerita heroes tau la frasa ni. Macam mana kaedah ni?

Apa yang diperlukan?

Cermin dan Pen



cara dia?

Hanya bulatkan berulangkali borang OMR tu dengan pen di atas cermin sampailah berlubang macam gambar di atas..Cepat dan efisien. hehe

inilah hasilnya!


Selamat mencuba dan selamat menanda nanti lepas exam nanti!

Monday, August 8, 2011

Alhamdulillah..bonus setengah bulan untuk penjawat awam

0 00 komen
KUALA LUMPUR 8 Ogos – Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. – Bernama

Sumber

Ermm..rezeki tetap rezeki kan? Alhamdulillah.

Thursday, July 28, 2011

Lakonan Sangat Mantap Oleh Pemain² Singapura

0 00 komen
'Kita tidak kalah,kita seri tetapi kita tidak layak ke peringkat seterusnya'

Itu jawapan jurulatih malaysia tadi selepas kita terpaksa akur kekalahan secara agregat 4-6 kepada singa² jinak dan manja dari seberang.

Selain Malaysia bermain di bawah tahap sebenar, faktor lakonan yang mantap dari sang singa juga mungkin telah mengganggu tempo perlawanan tadi. Teringat situasi sama di Piala Dunia 1998 kalau tak silap. Sikit² jatuh, mengerang, tergolek² macam kena tembak.

Calon pelakon sekuel Nora Elena 2.

Apa²pun mutu permainan bola sepak Malaysia sudah meningkat kan? Hari ini bukan saja murid² duk bercerita tentang perlawanan Malaysia-Singapura, bahkan cikgu²nya sekali. Cikgu perempuan pulak tu. Maknanya sokongan sudah semakin bertambah kepada pasukan negara sejak kebelakangan ni. Harap² pasukan negara terus mendapat sokongan padu seperti ini setiap kali ada perlawanan. Bukannya disanjung hanya ketiga hebat, dikeji ketika terkulai.

Dan saya sudah melatih Darwisy. Darwisy boleh bermain di posisi penjaga gol.


Juga boleh beraksi di barisan hadapan atau pertahanan.


Nota Ringkas : Kalaulah Apek yang menjaga gawang semasa di Singapura tempoh hari.

Sunday, July 24, 2011

Boleh buat duit ke melalui blog??

0 00 komen
Ada orang bertanya dengan saya, bolehkah buat duit melalui blog?



Jawapannya????














InsyaAllah boleh. Bukti?????? Kat bawah buktinya.


2 tahun bersama nuffnang


Memang seronok berblog dan dapat duit melaluinya, tetapi jangan berblog semata² kerana duit!!!