Sunday, July 24, 2011

Boleh buat duit ke melalui blog??

0 00 komen
Ada orang bertanya dengan saya, bolehkah buat duit melalui blog?



Jawapannya????














InsyaAllah boleh. Bukti?????? Kat bawah buktinya.


2 tahun bersama nuffnang


Memang seronok berblog dan dapat duit melaluinya, tetapi jangan berblog semata² kerana duit!!!

Wednesday, July 20, 2011

Poco² JUVANA

0 00 komen
JUVANA adalah salah satu drama TV3 yang menarik minat pelbagai golongan untuk menontonnya. Nampak je budak² tu ganas, tapi bila diorang bergurau, cute jugak kan?hehe..

Tengok video ni, sempat lagi menari di lokasi penggambaran.


bakal² pelakon sekuel JUVANA

Thursday, June 30, 2011

Teknik Hafal Sifir-E-Sifir

0 00 komen
Kepada sesiapa yang nak ajar anak-anak ataupun pelajar-pelajar mengingati sifir dengan cara yang agak mudah dan pantas, bolehlah guna kaedah e-sifir yang telah dicipta oleh seorg guru (tak ingat dah nama dia)..

Kaedah ni agak menarik dan senang diajar tetapi ia memerlukan pelajar mengingati langkah² tertentu..

Di bawah ada sedikit snapshot daripada power point teknik² hafal sifir secara mudah itu.






Bila teknik e-sifir ni dah dikuasai, pesan kepada pelajar² supaya bila dapat je kertas soalan Matematik, terus tulis sifir² tersebut dia atas kertas soalan. Senang nanti hanya rujuk je kepada sifir² tersebut bila nak jawab soalan yang memerlukan penggunaaan sifir.

Tapi kaedah ni terhad kepada sifir 5-9 sahaja. Tak pasti sama ada masih ada untuk sifir² yang lain atau tidak

Untuk memahaminya dengan lebih jelas, bolehah download kat bawah ni, hanya format power point. InsyaAllah senang difahami.



Sunday, June 26, 2011

Rokok di syurga

0 00 komen
Baru² ni semasa sedang makan di pantry bilik guru, saya terbaca satu ruangan dalam majalah Pa & Ma mengenai suami perokok. Sungguh menarik artikel tersebut, dan yang paling menarik adalah kisah yang mengakhiri cerita tersebut. Artikel tersebut menyatakan ia adalah kisah lama, tetapi saya tak pernah dengar/baca pulak. Memang sangat sinis.

Tadi saya cuba bertanyakan kawan saya si google mengenai kisah ni, cari punya cari jumpa juga. Tetapi yang ada hanya versi Indonesia. Nasib baiklah pengalaman berkawan dengan Aldy dari Indonesia semasa saya bekerja kilang selama 3 bulan semasa cuti semester UKM banyak membantu untuk memahami bahasa Indonesia seterusnya menterjemahkan kisah tersebut. ;p

Asahi Kosei, Balakong. Kurusnya dulu..keh keh keh.

Kisah Rokok di Syurga

Konon²nya ada sorang alim yang merupakan perokok tegar. Tapi kerana banyak beramal dan berbuat baik, maka orang alim tersebut di ampuni dosa-dosanya, dan masuklah ia ke dalam syurga.

Cuma di syurga, orang alim tersebut makin hari makin resah. Kemudian dia memanggil malaikat penjaga syurga: “Wahai Malaikat, kalau di syurga kan saya boleh minta apa saja, bolehkah saya minta rokok ? Dah lama saya tak merokok, dah pahit mulut rasanya''.

Malaikat pun terus menyediakan rokok dengan pelbagai jenama dan perisa, untuk memenuhi permintaan Si alim tadi. Dengan gembiranya, Si alim tadi pun mulai membuka kotak rokok tersebut, mencium, dan mengambil sebatang dan  dipanggilnya Malaikat “Wahai Malaikat, apinya mana??!

Dan Malaikat pun berkata “Apinya ada di neraka”, Si Alim ?!#$&?!!%…….Astaghfirullahalazim……”